suria

Tweet misteri Ronaldo dikaitkan dengan kepulangan Zidane ke Real Madrid

ZINEDINE Zidane kembali menyambung tugasnya sebagai pengurus Real Madrid, 10 bulan selepas dia meletak jawatan pada penghujung musim lalu.

Tidak lama selepas keputusan itu diumumkan, bekas pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo tampil di laman Twitter menerusi satu posting yang menimbulkan pertanyaan ramai.

Tidak menulis sebarang kata-kata, Ronaldo bagaimanapun hanya memuat naik fotonya dengan emoji tanda bagus di ruangan kapsyen.

Paparan skrin Tweet Ronaldo.

Ia ternyata menerima reaksi berbeza pengikutnya di laman sosial itu.

Kepulangan mengejutkan Zidane itu sama sekali tidak dijangka memandangkan Ronaldo juga kini sudah bermain untuk pasukan Juventus.

Untuk rekod, Ronaldo meninggalkan pasukan itu kerana berang dengan tindakan pengurusan tertinggi yang mungkir janji mengenai tawaran kontarknya.

Antara sebab lain termasuklah dia kecewa dengan peletakan jawatan Zidane. - Caughtoffside

Artikel Lain