suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sedih peminat pakai jersi buatan sendiri, Ozil akhirnya tunai impian kanak-kanak Kenya

TINDAKAN Mesut Ozil yang menghadiahkan jersi kepada seorang peminat cilik dari Kenya ternyata menyentuh hati ramai pihak.

Pada Disember tahun lalu, foto peminat berkenaan yang memakai jersi merah yang ditulis perkataan 'Ozil 10' menggunakan pen marker berwarna hitam menjadi tular.

"Saya nampak kanak-kanak di Nairobi, dia kata dia suka Ozil. Lihatlah bajunya. Mungkin jika Ozil tengok tweet ni dan hadiahkan jersi Arsenal untuknya," tulis seorang individu yang memuat naik foto berkenaan.

Tersentuh dengan foto itu, Ozil bukan sahaja menghantar jersi sebenar malah turut menghadiahkan kasut bola buat kanak-kanak berkenaan.

Menurut Ozil, gambar kanak-kanak itu dengan jersi buatan sendiri cukup meruntun jiwanya.

Tambah Ozil, dia bersyukur melihat kanak-kanak itu bersama abangnya cukup gembira setelah menerima pemberiannya.

Ozil berkongsi perkara itu di Twitter pada Selasa dan ia menerima lebih 72,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, rata-rata peminat turut memuji tindakan Ozil yang disifatkan sebagai mulia dan penyanyang. - Talk Sport.

Mesut Ozil, Jersi

Artikel Lain