suria

Melo akui menyesal hadir parti hari jadi Neymar

ARTHUR Melo mengakui menyesal hadir ke parti sambutan hari jadi Neymar sebelum aksi Copa del Rey Barcelona bertemu Real Madrid.

Pemain tengah yang merupakan rakan sepasukan Neymar dalam skuad Brazil itu tiba di Paris bagi menyambut hari lahir bekas pemain Barcelona Februari lalu.

Dua hari selepas itu Melo,22, beraksi pada pusingan pertama separuh akhir Copa Classico dan mengalami kecederaan hamstring ketika bermain.

Jelas Melo kepada wartawan, dia menyesal kerana hadir pada parti Neymar.

“Saya rasa begitu. Kadang-kala hidup ada turun dan naiknya. Saya mahu pergi tetapi turut sedar mengenai tanggungjawab.

“Saya sedar apa yang telah dibuat tetapi dan jika sesiapa kecewa dengan itu. Ia merupakan satu proses dan rakan sepasukan banyak membantu saya.

“Saya sangat menghargai pihak penguruan yang selalu memberi mengambil berat mengenai saya.

“Ia tempoh sukar tetapi saya gembira kerana kembali pulih daripada kecederaan. Saya sedar perlu berubah. Apabila saya perlukan pertolongan, ia ada. Saya gembira berada di Barca,” jelasnya. -Onefootball

Arthur Melo, Barcelona

Artikel Lain