suria

Siapa ganti Renan Alves?

Renan Alves (kanan) mengasak pemain PJ City, Pedro Henrique De Santana Almeida pada perlawanan Liga Super 2019 di Stadium MBPJ pada 22 Februari lalu. fotoBERNAMA

PENGENDALI Kedah, Aidil Sharin Sahak perlu berfikir panjang sebelum menurunkan barisan pertahanan terbaik apabila turun menentang Pahang di Stadium Darul Makmur pada Jumaat malam.

Ia berikutan 'orang kuat' di bahagian pertahanan Kedah, Renan Alves terpaksa diketepikan kerana sedang menjalani pergantungan selepas menerima kad merah.

Bagaimanapun, ia tidak bermakna benteng pertahanan skuad hijau kuning akan lemah kerana pasukan tersebut turut mempunya dua pemain pertahanan terbaik mereka.

"Belum tentu lagi siapakah yang bakal mengantikan Renan Alves apabila kita menentang Pahang. Kita belum buat keputusan.

"Kita ada Khairul Helmi Johari yang sudah lama beraksi sebagai pemain pertahanan dan dia juga calon terbaik bagi mengantikan Renan selain ketua pasukan Piala Presiden yang kita bawa bersama.

"Ini adalah lumrah bola sepak, apbila barisan pemain utama terpaksa diketepikan kerana pergantungan ataupun kecederan, kita perlu buat pilihan lain.

"Semua pemain berada dalam keadaan bersedia untuk diturunkan dan apa yang penting mereka perlu mengekalkan disiplin yang diterapkan selain berusaha sepanjang permainan," katanya kepada mStar Online.

Menurutnya, perlawanan ini juga akan menjadi peluang kepada pemain simpanan untuk mendapatkan tempat dengan mempamerkan aksi terbaik mereka.

Jelasnya, barisan kejurulatihan akan membariskan kesebelasan terbaik menentang sebuah pasukan yang mantap seperi Pahang di laman mereka sendiri.

"Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk membawa pulang tiga mata dan pemain telah diingatkan supaya tidak melakukan kesilapan yang akan memberi ruang kepada pemain Pahang untuk menjaringkan gol," ujarnya.

Renan Alves, Kedah

Artikel Lain