Gagal raih undian, Neymar tidak tersenarai dalam 10 pemain terbaik Brazil - Sukan | mStar

Gagal raih undian, Neymar tidak tersenarai dalam 10 pemain terbaik Brazil

MENERUSI satu undian terbaharu, Neymar gagal menempatkan diri sebagai 10 pemain terbaik Brazil.

Undian yang dijalankan ESPN Brazil menerusi majalah Placar itu ternyata menjadi perhatian ramai.

Neymar dikatakan dimalukan apabila yang dijangka memenangi undian itu langsung tidak tersenarai.

Namun, dia sekadar berpuas hati di kedudukan ke-11 dengan 160,000 undian sahaja.

Senarai undian yang didedahkan menerusi Twitter ESPN.

Undian itu dijalankan bagi mencari pemain Brazil yang paling hebat, selepas Pele.

Ronaldo berada di tangga pertama diikuti Ronaldinho dan Romario.

Zico diundi di kedudukan keempat diikuti Rivaldo, Socrates dan Kaka di tangga ketujuh.

Dalam pada itu, Neymar turut dikritik kerana dia gagal membuktikan banyak kejayaan di peringkat global.

Dia merupakan pemain Brazil yang ketiga paling banyak menjaringkan gol, tipis di belakang rekod Pele dan Ronaldo. - Bleach Report.

Neymar , Brazil , Pele

Artikel Berkaitan

Artikel Lain