Insiden tergelincir jatuh di gelanggang hoki ais, Mourinho tetap tenang - Sukan | mStar

Insiden tergelincir jatuh di gelanggang hoki ais, Mourinho tetap tenang

Kredit: @KHL_ENG

SELEPAS dipecat Manchester United Disember lalu, sehingga kini Jose Mourinho belum mempunyai mana-mana pasukan untuk diuruskan.

Dengan masa yang terluang ini, jurulatih Portugis itu dijemput untuk merasmikan perlawanan Liga Hoki Kontinental (KHL) di antara SKA dan Avangard di Rusia.

Dia diemput sebagai tetamu kehormat dan merasmi perlawanan tersebut dengan meletak cakera getah (puck) di tengah-tengah kedua kapten pasukan.

Perjalanan ke gelanggang ais itu yang diletakkan karpet kelihatan lancar buat Mourinho.

Namun adegan mengejut apabila tiba-tiba sahaja Mourinho tergelincir jatuh akibat licin.

Mujur kedua-dua kapten pasukan itu berada berdekatan dan membantu pengurus itu bangun dan tidak ada kecederaan yang berlaku.

Insiden terjatuh ini bukan pertama kali berlaku kepada Mourinho.

Pada September tahun lalu, Mourinho turut terjatuh akibat tersepak karpet di Stadium Wembley.

Ketika kejadian dia cuba melarikan diri daripada orang ramai dan melompat tali penghadang ke pintu masuk.

Namun tersilap langkah dan dia terjatuh.

Dan seperti kejadiandi Rusia, Mourinho hanya bangun dan tersenyum tenang seperti tiada apa yang berlaku kepadanya.-telegraph.co.uk

Jose Mourinho , terjatuh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain