suria

Klopp sinis nafi kenyataan kapten West Ham "Kami telah takutkan mereka"

Klopp turut tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan tersebut.

JURGEN Klopp nafi pemain-pemainnya ada perasaan takut ketika aksi bertemu West Ham.

Skuad Klopp hanya mengikat seri 1-1 ke atas lawan pada aksi awal pagi Selasa.

Ia sekaligus menyaksikan The Reds tertekan untuk mengekalkan kedudukan teratas berikutan dikejar rapat (tiga mata)  Manchester City yang kini mengumpul 59 mata.

Kapten West Ham Mark Noble mendakwa skuad Liverpool takut dengan mereka sehingga gagal mengutip mata penuh.

"Kami bertahan dengan baik dan layak menang malam ini. Anda tidak boleh bermain 'man-to-man' ketika bertemu Liverpool dan melepasi mereka.

"Anda perlu kekalkan corak dan menghentikan mereka.

"Kami telah takutkan mereka. Anda perlu lakukan ini kepada pasukan 'top'. Kami hanya mengikut gerak hati dan tidak hadir ke sini untuk tiga mata," jelasnya.

Namun kenyataan itu dinafikan Klopp.

"Saya berharap Mark Noble akan menakutkan banyak pasukan dan bukannya kami sahaja.

"Saya tidak mengenalinya sangat, jadi saya tidak tahu kenapa dia berkata demikian.

"Betul, pertahanan mereka baik. Mereka tidak menakutkan kami, ia adalah perlawanan normal. Kami telah menang perlawanan di tempat lawan apabila bermain lebih teruk daripada malam ini dan tidak ada orang bercakap demikian.

"Mereka ada kualiti dan ianya tidak dinafikan lagi. kenapa mereka tidak catat lebih keputusan (menang), saya tidak tahu," jelas Klopp.-Telegraph.co.uk

Jurgen Kloop, Liverpool, West Ham

Artikel Sebelum

Artikel Lain