suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lukaku akui kini atmosfera berbeza di Old Trafford

ROMELU Lukaku mendedahkan legasi Jose Mourinho di Old Trafford sudah hilang sebaik sahaja pengurus itu dipecat.

Penyerang Belgium itu percaya semangat persaingan telah kembali ke dalam skuad apabila mencatat keputusan tanpa kalah dalam 10 perlawanan semenjak Ole Gunnar Solksjaer mengambil alih sementara pasukan.

"Sejak pemergian Mourinho, ia kelihatan berbeza, lebih positif dan dalam perlawanan orang lebih banyak tersenyum.

"Sekarang semuanya sangat baik, dan kami perlu meneruskannya. Kami semua dapat manfaat," jelasnya ketika ditemubual bersama Canal.

Katanya, Paul Pogba juga kelihatan gembira.

"Ketika latihan, kami sentiasa memberitahunya 'Paul, kami nampak kamu gembira!' Dan dia  ketawa. Jadi sekarang, semuanya berjalan lancar, setiap orang bermain di tahap masing-masing.

"Paul, Marcus, Anthony, saya dan semangat persaingan sudah keluar dalam diri setiap orang. Semuanya bermula ketika latihan. Dapat dilihat semua ingin membuktikan di depan jurulatih.

"Kami tahu semua pemain boleh bermain. Tetapi apa yang paling penting adalah pasukan," jelasnya. -Eurosport.com

Romelu Lukaku, Manchester United

Artikel Lain