suria

Anjing Sala sabar menunggu bintang Cardiff itu pulang

Gambar anjing Sala yang dimuat naik oleh kakaknya di Facebook.

KAKAK Emiliano Sala berkongsi gambar anjing pemain itu yang sabar menunggu dia pulang ke rumah.

Sala hilang ketika menaiki pesawat melintasi Selat Inggeris pada 21 Januari sejurus selepas menandatangani kontrak bernilai £ 15 juta (RM80 juta) bersama Cardiff.

Dia kembali ke South Wales untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bekas rakan sepasukan dan kakitangan di Nantes.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tolong, tolong jangan hentikan pencarian," rayu kakak Sala

Pesawat yang membawa Sala dan juruterbang David Ibbotson, yang kedua-duanya hilang dan dianggap meninggal dunia, ditemui oleh pasukan pencarian bawah air swasta pada pagi Ahad.

Satu mayat kemudiannya ditemui dalam bangkai pesawat, tetapi ia masih belum dikenal pasti.

Kakak Sala, Romina, memuat naik gambar anjing Sala bernama Nala yang kelihatan sedang melemparkan pandangan jauh ke luar pintu menerusi Facebook.

Romina menulis kapsyen: "Nala sedang menunggu kamu juga."

Sala mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan anjingnya.

Nala dilaporkan merupakan salah satu sebab bintang bola sepak itu kembali ke Perancis. - Mirror UK

Emiliano Sala

Artikel Lain