suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecederaan berulang, Neymar dijangka cuti sehingga penghujung Mac

PASUKAN Paris Saint-German dijangka akan beraksi tanpa kehadiran Neymar sehingga penghujung Mac ini.

Ia berikutan kecederaan yang dialami pemain itu sewaktu beraksi menentang Starsbourg, minggu lalu.

Kecederaan yang dialami Neymar dikatakan memberi impak kepada bahagian tubuhnya yang pernah dibedah pada 2018.

Jika dia direhatkan, ini bermakna PSG akan beraksi menentang Manchester United (MU) dan 12 perlawanan lain tanpa pemain itu.

"Ianya sangat sukar. Seperti yang saya cakap pada Sabtu, ia masih terlalu awal untuk memberi tarikh kepulangan Neymar ke padang.

"Kami perlu tunggu minggu pertama, tengok dahulu rawatan dia dan baru boleh buat keputusan," ujar jurulatih, Thomas Tuchel.

Pada Isnin, pasukan perubatan PSG dan Brazil bertemu di Paris, diketuai Dr. Rodrigo Lasmar yang menjalankan pembedahan ke atas Neymar tahun lalu.

Malah, retak kecederaan lama Neymar juga dikatakan belum sembuh sepenuhnya menjadikan keadannya bertambah parah.

Sehingga kini, belum ada kata putus dikeluarkan berhubung keadaan pemain itu. - Marca.Com.

Neymar, PSG, MU

Artikel Lain