KBS hormati keputusan bekas perenang Olimpik tolak tawaran jadi jurulatih - Sukan | mStar

KBS hormati keputusan bekas perenang Olimpik tolak tawaran jadi jurulatih

Syed Saddiq bergambar bersama pelajar UiTM selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara universiti itu dengan MSN. Foto S.S.KANESAN/The Star

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menghormati keputusan bekas perenang Olimpik, Bartlomiej Kizierowski yang menolak tawaran sebagai jurulatih renang kebangsaan susulan dasar Malaysia melarang atlet Israel memasuki negara ini.

Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata KBS tidak berhak mempertikaikan keputusan Kizierowski yang berbuat demikian atas pendiriannya.

"Kita hormati pilihan dia (menolak tawaran), saya telahpun berhubung dengan pihak Majlis Sukan Negara (MSN) dan kita masih ada jurulatih kebangsaan yang akan mengambil alih (tugas beliau) buat masa ini… sambil kita mencari jurulatih yang lain kita ada pilihan,” katanya kepada pemberita, di Shah Alam pada Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Kizierowski yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya Khamis lepas yang mengesahkan keputusan tidak menerima pelawaan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) sebagai jurulatih renang susulan larangan atlet Israel memasuki Malaysia.

Terdahulu Syed Saddiq menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan MSN.

UiTM diwakili rektor daripada 14 kampus cawangan termasuk di Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Sabah sementara MSN diwakili Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

MSN sebelum ini mengumumkan pelantikan Kizierowski sebagai jurulatih renang kebangsaan dan beliau dijadualkan tiba di Bukit Jalil selepas sambutan Tahun Baharu Cina minggu depan.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq tidak menolak kemungkinan beberapa jurulatih asing di negara ini yang akan menuruti langkah Kizierowski.

"Ini dasar negara sekian lama yang memang dihormati oleh rakyat Malaysia dan dasar yang kita akan teruskan serta perkasakan kerana isu ini merupakan isu kemanusiaan yang dekat dengan hati rakyat Malaysia, pendirian ini merupakan pendirian yang harus dihormati oleh semua,” katanya.

Mengenai MoU itu, Syed Saddiq berkata ia merupakan kerjasama strategik bagi memberi peluang kepada atlet membina karier masing-masing selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi sambil membina prestasi sebagai atlet.

"UiTM mempunyai kampus di seluruh negara dan ini akan membantu usaha MSN dalam memastikan atlet lepasan SPM untuk terus fokus dalam sukan dan pengajian mereka," katanya. - BERNAMA

Syed Saddiq , renang , Israel

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain