suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Dia pejuang... kami akan bawa dia pulang" - Ibu yakin Sala masih hidup

Mercedes ditemani kakak Sala, Romina.

MERCEDES Sala, ibu kepada penyerang Cardiff City, Emiliano Sala yakin anaknya yang hilang sejak seminggu lalu masih hidup.

Sala dianggap terkorban selepas pesawat dinaikinya dari Nantes, Perancis menuju ke Cardiff, Wales hilang dari radar pada malam Isnin.

"Dia pejuang, dia memulakan karier bola sepak sejak kecil. Dia seorang yang suka merendah diri, individu yang mementingkan keluarga.

"Dia suka berjenaka, dia suka tinggal bersama dengan keluarga sepanjang masa dan kami tahu dia berada di suatu tempat dan kami akan bawanya pulang.

"Kami yakin mereka ada di sini," kata Mercedes.

Mercedes turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghulurkan sumbangan bagi dana untuk misi pencarian Sala yang digerakkan ahli keluarga pemain itu.

Keluarga Sala memulakan usaha mencari sendiri pesawat yang hilang itu dekat Selat Inggeris selepas polis tempatan menamatkan misi menyelamat mereka.

"Terima kasih kepada semua yang terlibat, kami amat terharu dengan sokongan yang diterima. Kami di sini untuk mencari Emiliano dan yakin dia berada di suatu tempat dan kami akan mencarinya," kata Mercedes.- Irishmirror

Emiliano Sala

Artikel Lain