suria

Man United tawar kontrak baharu 12 bulan, tapi Ashley Young nak lagi lama

Ashley Young. Foto Reuters

MANCHESTER United menawarkan kontrak baharu selama 12 bulan kepada Ashley Young, tetapi pemain veteran itu mahu perjanjian yang lebih panjang.

Pemain pertahanan itu memainkan peranan penting buat kelab tersebut musim ini, dan perbincangan dibuat untuk menyambung kontraknya di Old Trafford.

Kelab tersebut berhasrat untuk melanjutkan kontrak pemain berusia 33 tahun itu, tetapi mereka enggan untuk menawarkan kontrak melebihi setahun kepada bekas pemain skuad kebangsaan England itu.

Inter Milan kini mengintai keadaan Young dengan hasrat untuk mendapatkan pemain itu menerusi perpindahan secara percuma apabila kontraknya berakhir pada musim panas ini.

Young memulakan kerjayanya di Watford sebelum berhijrah ke Aston Villa pada 2007.

Selepas empat tahun di Villa Park, dia kemudian berpindah ke Manchester United sehingga membantu meraih lima gelaran bersama kelab Red Devils itu. - Dailymail UK


Ashley Young, Manchester United

Artikel Lain