suria

Djokovic rangkul trofi juara ketujuh Terbuka Australia, idam mahu lebur rekod Federer

NOVAK Djokovic mengakui ada simpan angan-angan untuk meleburkan rekod sepanjang masa Grand Slam Roger Federer.

Djokovic memberitahu perkara itu selepas menumpaskan Rafael Nadal dalam aksi final Terbuka Australia pada Ahad.

Jaguh tenis Serbia itu mencatat keputusan 6-3, 6-2, 6-3 yang menyaksikan pemain No.1 dunia ini menambah koleksi trofi kejuaraan buat kali ketujuh.

Pemain berusia 31 tahun itu telah meraih 15 gelaran utama dan hanya kekurangan lima rekod daripada Federer (20 gelaran).

"Saya sedar merakam sejarah dalam sukan yang saya suka adalah sangat istimewa. Sudah tentu ia merupakan motivasi buat saya.

"Berapa musim lagi akan datang? Saya tidak tahu. Saya cuba tidak mahu terlalu fikir masa akan datang

"Saya hanya mahu fokuskan diri sendiri dengan memperbaki permainan dan mengekalkan keseluruhan yang saya ada - mental, fizikal, emosi. Jadi saya boleh bersaing di peringkat yang lebih tinggi untuk beberapa tahun akan datang. Dan ada peluang untuk lebih rapat dengan rekod Roger. Sekarang masih jauh," jelasnya -Dailymail.co.uk.

Artikel Lain