suria

Nilai pelepasan pemain bantu persatuan dapatkan dana

Perpindahan Akhyar ke JDT mencetuskan kontroversi.

KOTA BHARU: Nilai pelepasan pemain yang ditetapkan beberapa pasukan beraksi pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) memberikan peluang kepada pasukan itu mendapat dana bagi merancang program pembangunan akar umbi pasukan.

Bekas pemain kebangsaan dan Kelantan era 80-an Mohd Anizan Daud berkata era bola sepak moden ini persatuan perlu ada pembaharuan menjana pendapatan dan merancangkan pembangunan melahirkan lebih ramai pemain yang mempunyai kualiti dan bernilai.

"Pada saya perlu ada harga pelepasan nilai pemain bawah 23 tahun yang berkualiti, persatuan sekurang-kurang berbangga dan dapat menggunakan wang itu untuk pembangunan akar umbi.

"Kita ke arah profesional dan perlu ada pembaharuan dalam arena bola sepak negara untuk terus meningkatkan persaingan dengan negara-negara lain," katanya.

Nilai klausa pelepasan pemain menjadi perhatian peminat tempatan selepas beberapa pasukan mula mewujudkan perkara itu dalam kontrak pemain bagi mengelak berlaku isu rundingan "pintu belakang".

Antaranya klausa pelepasan pemain kebangsaan Akhyar Rashid ditetapkan pada kadar RM12 juta oleh Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor meletakkan harga RM6 juta tonggak pertahanan skuad negara Syahmi Safari.

Mohd Anizan berkata persatuan mempunyai hak meletak harga berpatutan berdasarkan kepada kualiti, prestasi dan umur seseorang pemain itu.

"Istilah nilai pelepasan itu dengan bayaran tertentu mengikut kadar kemampuan pemain terbabit bagi menyumbang kepada kejayaan pasukan.

"Tempoh kontrak dan prestasi semasa menjadi antara penentu kepada persatuan dan pasukan untuk menetapkan nilai klausa pelepasan ke atas seorang pemain," katanya. - BERNAMA

Liga Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Lain