suria

Mourinho tolak empat tawaran, sedia kembali ke Santiago Bernabeu

Perez bersama Mourinho ketika diumumkan sebagai pengurus Madrid suatu ketika dulu.

REAL Madrid dilaporkan telah memulakan rundingan dengan Jose Mourinho mengenai peluang untuk kembali semula ke Santiago Bernabeu.

Presiden Madrid Florentino Perez mempunyai hubungan baik dengan Mourinho dan The Sun mendakwa Perez telah berunding dengan wakil bekas pengendali Manchester United itu.

Malah laporan tersebut mendakwa Mourinho turut menerima empat tawaran lain sejak meninggalkan Old Trafford.

Bagaimanapun kesemua tawaran itu telah ditolak Mourinho.

Mourinho pernah mengendali kelab gergasi Sepanyol itu pada 2010 hingga 2013.

Pengurus Madrid Santiago Solari berada dalam keadaan tertekan selepas pasukannya tewas 0-2 kepada Real Sociedad pada Ahad.

Susulan kekalahan itu, Madrid tergelincir ke tangga kelima La Liga, ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Barcelona.

"Mereka pernah berhubung dengan Mourinho selepas Julen Lopetegui dipecat tetapi dia beritahu masih pengurus Manchester United dan komited bersama kelab," kata sumber.

Mourinho turut dikaitkan sebagai pengganti Rui Vitoria di Benfica. - Manchester Evening News

Jose Mourinho, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain