Kim Swee lega dua pegawai ISN boleh ke Bangkok

Kim Swee (tiga, kiri) memberi arahan kepada skuad kendaliannya pada kem latihan pusat skuad bawah 23 tahun di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Rabu. Foto: Bernama

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee akhirnya mampu tersenyum selepas dua pegawai Institut Sukan Negara (ISN) akhirnya dilepaskan untuk mengikuti tiga siri aksi persahabatan di Bangkok bermula Ahad ini.

Pengendali berusia 48 tahun itu berkata beliau hanya dimaklumkan mengenai pelepasan penganalisa prestasi, Ahmad Hilmi Abdul Latif dan pakar nutrisi, Norazmi Ramly itu pada lewat malam Selasa.

Kim Swee, bagaimanapun, berkata pelepasan itu setakat ini hanya bagi siri aksi persahabatan namun tidak bagi persediaan menghadapi Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 22 Tahun (B-22) 2019 bulan depan dan Kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2020 pada Mac depan.

“Lewat malam semalam saya terima sms dari pegawai ISN mengatakan mereka (dua pegawai) dilepaskan untuk program di Bangkok sahaja, tetapi Piala AFF dan kelayakan AFC B-23 mereka tidak dilepaskan kerana ISN sedang melalui proses perubahan.

“Tetapi saya masih lagi menunggu waktu sesuai untuk bertemu pegawai atasan ISN tersebut di mana saya berharap dua pegawai itu dapat dilepaskan untuk kejohanan piala AFF dan paling penting kelayakan kejuaraan AFC,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad B-23 di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Rabu.

Pada Selasa, sebuah portal sukan tempatan melaporkan Kim Swee berang selepas dua pegawai ISN yang sebelum ini sentiasa bersama beliau sejak 2009 tidak diberikan ‘lampu hijau' untuk terus bersamanya.

Sementara itu, Kim Swee memaklumkan hanya 17 daripada 26 pemain yang disenaraikan hadir melaporkan diri pada hari pertama sesi latihan manakala tujuh lagi akan melapor esok sementara dua pemain lagi hanya akan menyertai pasukan di Bangkok.

Menurut beliau, hanya dua pemain sahaja dilaporkan tidak cergas untuk mengikuti sesi latihan pertama iaitu Muhammad Izzan Syahmi Mustapa dari Terengganu yang mengalami demam manakala Ariff Ar-Rasyid Ariffin bergelut dengan kecederaan betis kanan.

“Hanya enam dari Kelantan dan seorang dari Kedah akan melaporkan diri esok kerana akan beraksi dalam perlawanan persahabatan bersama kelab mereka manakala dua lagi iaitu R.Kogileswaran dan Mohd Faizal Abdul Halim akan bersama di Bangkok memandangkan kini mereka berada di sana bersama Pahang,” tambahnya.

Skuad B-23 negara akan menguji kekuatan menentang MIFA pada Sabtu sebelum berlepas ke Bangkok, Ahad ini.

Setibanya di Bangkok, Malaysia akan berdepan Bangkok Class FC pada Isnin depan diikuti aksi menentang Army United FC (16 Jan) sebelum melengkapkan siri perlawanan persahabatan menentang Ayuthaya United FC pada 18 Jan. -Bernama

Ong Kim Swee, Bawah 23

Artikel Sebelum

Nathan Jones pengurus baharu Stoke City

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain