suria

"Saya bukan rasis, hanya tindakan spontan," ujar pembaling kulit pisang ke arah pemain Arsenal

PENYOKONG Tottenham didakwa kerana membaling kulit pisang kepada penyerang Arsenal Pierre-Emerick Aubameyang.

Namun Averof Pantelli memberitahu dia mengutip kulit pisang itu di atas lantai dan membali secara rambang tanpa terlintas berkaitan rasis.

Insiden itu berlaku selepas Aubameyang menyempurnakan sepakan penalti pada aksi Ahad lalu di Stadium Emirates.

Pantelli,57 tahun yang mempunyai tiga orang anak berkata dia hanya membuat reaksi biasa sahaja apabila Aubameyang meraikan gol di hadapan penyokong pelawat.

Kulit pisang terjatuh di depan pemain Arsenal.

"Saya tidak rasis. Saya sebenarnya Greek Cypriot. Saya 100 peratus bukan rasis. Saya bersumpah di atas nyawa anak-anak saya. Saya bukan lelaki jenis itu.

"Saya meminta maaf jika menyinggung perasaan sesiapa sahaja di kedua-dua kelab, terutamanya Tottenham.

"Ia mungkin kelakuan ketika marah, tetapi saya tidak berniat menyinggung perasaan sesiapa.

"Saya telah didenda kerana membaling barang. Saya tidak didakwa berkaitan rasis. Pihak polis menerima alasan saya yang bukan rasis.

"Saya melakukan kesilapan besar dan benar-benar minta maaf.

"Tanpa berfikir panjang saya hanya mengutip kulit pisang itu dan baling ke arah padang. Saya tidak tujukan kepada pemain," jelasnya.


Baling kulit pisang

Artikel Sebelum

FAM, PFAM masih mencari Salahuddin

Artikel Lain