suria

Lionel Messi cedera, jurulatih tak salahkan pihak lawan

PEMAIN sensasi, Lionel Messi direhatkan buat sementara waktu selepas mengalami kecederaan di bahagian tangan kanannya.

Bintang Argentina itu dilihat menahan kesakitan di atas padang selepas berlaku perlanggaran dengan Franco Vazquez.

Dia kelihatan sakit dan tidak selesa sewaktu meninggalkan padang pada minit ke 26 perlawanan.

Sebelum insiden itu, dia sempat menjaringkan dua gol sekaligus meletakkan Barcelona sebagai pendahulu perlawanan.

Malah, dia juga berjaya membantu Philippe Countinho menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-2.

Selepas perlawanan itu, pihak Barcelona mengesahkan pemain berusia 31 tahun itu mengalami keretakan tulang di bahagian tangan kanannya.

Biarpun berhadapan kecederaan ayam tambatan mereka, Barcelona tetap mara menerusi sepakan penalti Luis Suarez pada separuh masa kedua.

Sementara itu, jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde mengakui risau dengan kecederaan Messi.

Namun, dia tidak menyalahkan Vazquez atas kecederaan Messi. - BBC.UK.

Lionel Messi, Barcelona

Artikel Lain