suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masa depan Lopetegui dalam bahaya selepas khabar angin Real hubungi Conte

Julen Lopetegui. - AP Photo/Paul White

MASA depan Julen Lopetegui di Real Madrid dalam bahaya selepas mengalami kekalahan kepada Levante, tetapi dia memang sudah berada pada kedudukan goyah setelah Real dilaporkan ada menghubungi Antonio Conte pada bulan lalu.

Pasukan itu sukar dikalahkan dalam 20 perlawanan di bawah Julen Lopetegui dan perlawanan pembukaan kejohanan hanya akan berlangsung tiga hari lagi.

Tiba-tiba pasukan itu dihimpit kontroversi dengan berita bahawa Lopetegui akan mengambil alih tugas pengurus Real Madrid selepas Piala Dunia bocor dan dalam masa 24 jam pengurus itu dipecat.

Kini, Lopetegui berdepan kemungkinan akan kehilangan dua pekerjaan berprofil tinggi di dunia dalam tempoh lebih empat bulan, sementara Real pula sedang bergelut.

Pada Sabtu, Los Blancos kalah 2-1 kepada Levante di laman sendiri, ia merupakan perlawanan kelima mereka berturut-turut tanpa kemenangan, sekali gus meletakkan Lopetegui di bawah tekanan menjelang Clasico akhir minggu depan.

Ramai yang menjangkakan dia tidak bertahan sehingga perlawanan tersebut tiba.

Menurut laporan akhbar Sepanyol, El Pais, kelab itu menghubungi Antonio Conte sehari selepas mereka tewas 3-0 kepada Sevilla. - Sport Bible

Julen Lopetegui

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain