suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat benci gaya rambut baharu Pogba, disuruh 'belajar main bola dulu'

JIKA kebanyakan pemain bola sepak sering dikritik kerana prestasi di atas padang, lain pula ceritanya dengan bintang Manchester United (MU), Paul Pogba.

Dia dikecam peminat pasukan itu setelah memuat naik foto gaya rambut terbaharunya, baru-baru ini.

Berdasarkan komen yang diterima, rata-rata peminat mengakui tidak suka dengan gaya rambut tersebut.

Menerusi foto itu, Pogba memilih gaya garisan geometrik dengan corak bintang di sisi kepalanya.

"Pemain terbaik tak bermain dengan rambut. Mereka bermain bola, mereka bukan kanak-kanak," tulis seorang peminat.

"Kamu seperti jenaka. Belajar main bola dulu baru dapatkan potongan rambut yang bagus," tulis seorang lagi peminat.

Pogba merupakan pemain kelahiran Perancis. Selain bermain untuk pasukan kebangsaannya, dia merupakan pemain tengah MU.- Express.Uk.

 

 

Paul Pogba, MU

Artikel Lain