Mo Salah, Van Dijk sedia turun beraksi biarpun masih dibelenggu kecederaan

BIARPUN dibelenggu kecederaan, Mohamed Salah dan Virgil Van Dijk dijangka sudah bersedia untuk turun beraksi, Sabtu ini.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berkata, dia juga mungkin berupaya menurunkan pemain tengah, James Milner selepas dia kini sembuh dari kecederaan.

Salah baru-baru ini mengalami kecederaan otot sewaktu bermain untuk pasukan kebangsaannya, Mesir.

Selain Salah, Van Dijk juga dikatakan sedang bergelut dengan kecederaan tulang rusuk.

Van Dijk juga sedang dibelenggu kecederaan namun bersedia untuk turun bermain Sabtu ini.

Biarpun tidak dibenarkan bermain untuk pasukan kebangsaannya, Holland pada Rabu, dia dijangka turun mewakili Liverpool Sabtu ini.

"Dia sudah berehat. Malah dia juga sudah kembali ke Liverpool dan bersedia untuk bermain," ujar pengendali pasukan Holland, Ronald Koeman.

Malah, pasukan perubatan di Holland turut bekerjasama dengan pasukan perubatan Liverpool berkaitan hal ehwal kesihatan pemain tersebut.-The Sun UK.

Mohamed Salah, Liverpool

Artikel Berikut

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain