suria

Tak hirau kes rogol, Ronaldo bawa kekasih makan malam di Paris

CRISTIANO Ronaldo dilihat tenang menikmati makan malam di sebuah restoran di Paris bersama kekasihnya, Georgina Rodriquez meskipun dikaitkan dengan dakwaan rogol.

Rodriquez yang menjalinkan hubungan cinta dengan Ronaldo sejak 2016 sentiasa menyokong pemain berusia 33 tahun itu.

Pada Sabtu, Ronaldo memuatnaik gambarnya bersama dengan Rodriquez dan tiga anaknya di Instagram.

Dia menafikan dakwaan merogol model Kathryn Mayorga, 34, di sebuah hotel di Las Vegas pada 2009.

Ronaldo kali terakhir dilihat memuatnaik gambar bersama Rodriquez ketika sedang relaks di teres atas bumbung sebelum terbang ke Portugal untuk bertemu dengan peguamnya.

Peguam Ronaldo berkata dokumen yang menunjukkan Ronaldo mengakui dia melakukan hubungan seks dengan Kathryn Mayorga tanpa persetujuannya telah diubah.

Ronaldo bersama Mayorga semasa di sebuah kelab malam di Las Vegas.

Dalam satu kenyataan, peguam Peter S Christiansen berkata dokumen tersebut adalah 'ciptaan tulen' dan direka oleh penggodam.

Dakwaan peguam itu dibuat selepas majalah Der Spiegel yang berpangkalan di Jerman menyiarkan temu bual bersama Mayorga dan dokumen yang mendakwa Ronaldo setuju membayar sejumlah wang kepadanya pada 2010.

Christiansen berkata Ronaldo menghadapi 'kempen fitnah yang rumit dan sengaja dicetuskan berdasarkan dokumen digital yang curi dan mudah dimanipulasi."

"Dokumen yang didakwa mempunyai kenyataan Ronaldo telah dibuat semula.

"Pada 2015 misalnya, fail di firma terlibat telah diserang penggodam. Jadi dokumen itu cuba dijual kepada media, tapi media pula cuba melaporkan dengan maklumat yang sudah diubah," ujarnya.

Cristiano Ronaldo, rogol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain