suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Klopp pening kepala, tiga tonggak utama cedera

Sadio Mane.

SADIO Mane menjadi pemain Liverpool terbaharu yang bergelut dengan kecederaan selepas Mohamed Salah dan Virgil van Dijk.

Ketiadaan tiga tonggak utama itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada jurulatih Jurgen Klopp.

Pemain kebangsaan Senegel itu dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan tangan yang dialaminya semasa sesi latihan sebelum aksi bertemu Sudan.

Mane dipercayai patah ibu jari kirinya.

Mohamed Salah.

Walaupun kecederaan itu tidak serius, ia akan memberi impak kepadanya jika dia diturunkan.

Susulan itu dia akan direhatkan semasa aksi menentang Huddersfield.

Sementara itu, Salah mengalami kecederaan otot semasa Mesir menang 4-1 ke atas Swaziland, Jumaat malam manakala Van Dijk pula cedera tulang rusuk ketika memperkuat Belanda berdepan Jerman pada aksi antarabangsa.

Kedua-duanya juga mungkin tidak diturunkan semasa aksi menentang Huddersfield nanti. - Metro.co.uk

Sadio Mane, Jurgen Klopp, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain