suria

Kejayaan uruskan Catalan nostalgia indah buat Guardiola

Guardiola ketika menguruskan Barcelona pada tahun 2008.

REKOD cemerlang Pep Guardiola ketika menguruskan Barcelona memang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Barcelona dianggap sebuah kelab terbaik pada abad ke-21 apabila merangkul gelaran juara La liga sebanyak tiga kali dan dua trofi Liga Juara-Juara ketika musim 2008 hingga 2012.

Pengurus Manchester City kelahiran Sepanyol itu memberitahu, dia telah membawa Catalan ke puncak kejayaan dan menyedari saat itu skuadnya telah mencipta sejarah dengan diketuai pemain terbaik dunia, Lionel Messi.

"Dua kali menjuarai Liga Juara-Juara dengan tujuh pemain yang lahir dari skuad remaja termasuk Xavi, Andres Iniesta dan Victor Valdes.

"Mereka tiba di kelab pada usia tujuh atau lapan tahun dan menjadi bintang. Kelab mempunyai keyakinan terhadap saya.

"Saya memantau peringkat bawah umur dan kami mempunyai duit untuk membeli pemain-pemain hebat.

"Kami juga mempunyai pemain terbaik dunia," ujarnya ketika ditemubual oleh La Gazzetta dello Sport.

Guardiola mengimbas kembali kejayaan kelab bukan sahaja di laman sendiri, tetapi cemerlang di tempat lawan.

"Perkara itu terjadi sekali sahaja dalam hidup. Ia menjadi nostalgia apabila melihat beberapa gambar saya ketika meraikan kejayaan.

"Dalam tempoh 20 tahun, kami masih membaca kisah itu dan ia merupakan perkara yang hebat.  Ia meninggalkan sesuatu kepada kami," jelasnya.

Pep Guardiola, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain