suria

Maaf, bukan hari ini - Harry Kane jawab dakwaan bakal tinggalkan Tottenham

KHABAR angin bertiup kencang mengenai perpindahan pemain sensasi Harry Kane dari Tottenham Hotspur ke Read Madrid.

Biarpun sudah berulang kali menafikan dakwaan itu, ia masih lagi diperkatakan sehingga hari ini.

Berang dengan soalan sama berulang kali, Kane akhirnya memberi jawapan dengan tiga patah perkataan sahaja.

"Maaf, bukan hari ini," jawab Kane dengan harapan ia bakal mengakhiri dakwaan tersebut.

Pada tahun lalu, hasrat Real Madrid untuk mendapatkan Kane tidak kesampaian kerana nilainya yang mencecah €250 juta (RM1.24 bilion).

Dele Alli.

Menurut beberapa laporan media Sepanyol, Kane dan rakan pasukan Dele Alli merupakan antara pemain yang menjadi perhatian untuk kejuaraan dalam liga di Eropah.

Bagaimanapun, presiden kelab Real Madrid pada waktu itu, Florentino Perez menegaskan meskipun beliau turut memilih Kane tetapi penyerang Tottenham itu di luar kemampuan Real Madrid.

"Beliau merupakan pemain yang bagus, tambahan pula masih muda. Beliau mempunyai banyak tahun untuk berkembang.

"Saya tidak bertanyakan presiden Tottenham mengenai harga (Kane) kerana dia akan beritahu saya pemain itu bernilai €250 juta," ujar Pereze.-Cartilagefreecaptain.sbnation

Artikel Lain