suria

Pogba hebat di Juventus, hambar bersama Manchester

LAGENDA bola sepak, Paul Scholes nampaknya mempunyai pendapat tersendiri mengenai prestasi Paul Pogba di Manchester United (MU).

Ujarnya, Pogba beraksi cemerlang bersama kelab lamanya, Juventus kerana disokong rakan sepasukan yang bagus.

Malah kata Scholes lagi, Pogba seolah-olah tidak mampu mengulangi kecemerlangan itu di (MU).

"Dia mampu bermain dengan hebat sama ada untuk meledak jaringan atau mengemudi perlawanan.

"Tapi lima minit selepas itu, dia akan melakukan perkara yang teruk seperti otaknya berhenti berfungsi, macam nak tunjuk betapa hebatnya dia.

"Jadi mudahlah kerja pasukan lawan untuk tundukkan sikap bongkak itu," ujarnya.

Menurut Scholes, Pogba tidak begitu bagus di MU kerana tidak dibantu rakan sepasukan sebagaimana dia dibantu di Juventus.

"Kita tak nampak sikap itu di Juventus, dia 'ikan kecil' sahaja di sana.

"Lihatlah di dalam pasukan, ada Gianluigi Buffon, Andrea Pirlo dan Leonardo Bonucci, mereka semua berpengalaman.

"Saya suka pasukan itu. Pogba berada dalam pasukan yang bagus tapi bila dia datang ke Juventus, tiada siapa dapat kawal dia sebagaimana di Juventus," ujar Scholes lagi.-Mirror.UK.

Paul Pogba, Paul Scholes

Artikel Lain