suria

Pogba tidak gembira, mahu tinggalkan MU Januari ini?

Pogba dikaitkan dengan beberapa kelab dan dikatakan akan berpindah sekitar Januari ini. FOTO: Getty

PEMAIN tengah Manchester United, Paul Pogba dilihat memberi bayangan bahawa dia tidak begitu gembira bersama kelab itu, namun adakah benar dia akan berpindah ke pasukan lain pada Januari ini?

Khabar angin menyebut yang dia mungkin akan berpindah ke Barcelona, Juventus atau Paris Saint-Germain.

Pemain kebangsaan Perancis itu dikatakan memberi bayangan dan mesej rambang mengenai posisisnya di Old Trafford serta potensi perpindahannya pada masa akan datang.

"Masa depan saya sekarang bersama dengan Manchester United. Saya terikat dengan kontrak, Tapi siapa tahu apa akan jadi beberapa bulan akan datang," ujarnya kepada Sky Sports Jerman, baru-baru ini.

Setelah memenangi Piala Dunia bersama pasukan kebangsaannya, Perancis, baru-baru ini, Pogba menjadi hero sewaktu perlawanan United menentang Leicester.

"Ada beberapa perkara yang saya tak boleh dedahkan. Kalau tak, saya akan dikenakan tindakan.

Tambahnya, ada isu yang mahu diselesaikannya, namun ia akan menjadi isu buat pasukannya jika dia berbuat demikian.

Begitu juga dengan pengendali pasukan itu, Mourinho yang kelihatan seolah-olah tidak mahu memberi kenyataan mengenai Pogba.

Sewaktu ditanya mengenai mood pemain itu, Mourinho memilih untuk tidak memberi jawapan.

"Kamu kena tanya dia sendiri," jawabnya ringkas seperti tidak mahu bercerita mengenai keadaan terkini kelab kendaliannya.

Dalam pada itu, kenyataan Pogba sendiri juga seolah-olah membuka ruang untuk berlakunya perbincangan mengenai masa depannya di Manchester United.

Namun, kelab itu dikatakan tidak mahu kehilangan pemain tengah itu sekiranya mereka tidak berupaya mencari pengganti yang setaraf dengan Pogba.- Goal.

Paul Pogba, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain