suria

Firmino pertahan Alisson, kata Van Dijk punca kesilapan gol Leicester

ROBERTO Firmino berpendapat Virgil van Dijk sepatutnya bertanggungjawab terhadap kesilapan Alisson ketika Liverpool menang 2-1 ke atas Leicester City, Sabtu malam.

Firmino meledak gol kedua Liverpool selepas Sadio Mane meletakkan pasukan tuan rumah di depan seawal minit ke-10.

Namun Leicester memperoleh gol mudah akibat kesilapan Alisson yang dilihat cuba menggelecek di dalam kotak penalti.

Ia memberi peluang kepada Kelechi Iheanacho untuk merampas bola sebelum hantarannya disudahkan Rachid Ghezzal pada minit ke-63.

Alisson mengakui telah melakukan kesilapannya tetapi memberitahu ia sebenarnya berpunca daripada Van Dijk.

Firmino bersetuju dengan Alisson bahawa Van Dijk turut patut dipersalahkan atas kesilapan mudah itu.

"Hantaran itu dari Van Dijk, Alisson cuba mengeluarkan bola itu tapi malangnya dia silap percaturan.

"Namun dia melakukan permulaan yang bagus untuk pasukan," Firmino.

Roberto Firmino, Alisson, Liverpool

Artikel Berikut

Hati saya berkecai - S.Kumar

Artikel Lain