suria

Benteng pertahan rapuh punca jentera serangan United tumpul

JOSE Mourinho mengakui Manchester United tidak dapat menandingi jentera serangan Manchester City dan Liverpool kerana benteng pertahanan mereka masih rapuh.

United akan berdepan Burnley pada Ahad, perlawanan penting buat pasukan itu selepas tewas dalam dua perlawanan berturut-turut sebelum ini. 

Susulan kekalahan itu, Mourinho terus dihimpit tekanan dan keputusan aksi malam ini bakal menentukan masa depannya di Old Trafford.

Corak permainan pengendali dari Portugal itu dikecam ramai tetapi Mourinho percaya benteng pertahanannya perlu dipulihkan terlebih dahulu

Mourinho berkata barisan pertahanan memainkan peranan penting untuk menghasilkan jentera serangan lebih tajam.

"Kami akan cuba... anda tahu. Ia adalah proses yang ada risiko terutamanya jika pemain pertahanan melakukan kesilapan ia mempengaruhi dinamik permainan.

"Pasukan yang amat bagus adalah pasukan yang kuat di bahagian pertahanan," katanya.

Ditanya jika United boleh beraksi seperti City atau Liverpool, Mourinho berkata:"Mereka bermain dengan cara mereka manakala kami bermain dengan cara kami."

"Saya tidak mahu cuba untuk katakan sesuatu yang ada kaitan dengan itu.

"Itu cara mereka dan kami dengan cara kami sendiri," katanya.

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Lain