suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sasaran tujuh emas Malaysia tercapai menerusi skuasy lelaki

JAKARTA: Malaysia telah mencapai sasaran tujuh pingat emas pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 selepas pasukan skuasy lelaki menewaskan pilihan utama Hong Kong 2-1 dalam final di Stadium Skuasy Gelora Bung Karno di sini, malam Sabtu.

Malaysia memulakan kempen dengan langkah kiri selepas juara kebangsaan, Ivan Yuen Chee Wern memberi tentangan sengit sebelum tewas 7-11, 18-20, 11-9, 8-11 kepada Yip Tsz Fung.

Bagaimanapun, skuad negara menghidupkan semula peluang apabila Mohd Nafiizwan Adnan menyamakan kedudukan dengan mengalahkan Max Lee Ho yin 11-9, 11-7, 11-7 pada perlawanan kedua.

Perseorangan ketiga negara, yang juga bekas juara remaja dunia, Ng Eain Yow mengesahkan pingat emas menjadi milik Malaysia apabila mengejutkan juara perseorangan Sukan Asia 2018, Leo Au Chun Ming, dalam straight set 11-7, 11-7, 11-4 pada perlawanan ketiga.

Selain acara berpasukan lelaki, skuad skuasy negara turut menghadiahkan emas menerusi Datuk Nicol David dalam acara perseorangan wanita.

Di samping skuasy, Malaysia setakat ini telah memperoleh emas iaitu dua dalam acara boling (trio wanita dan Masters lelaki), berbasikal trek (pecut individu), pelayaran (Terbuka Laser 4.7) dan sepak takraw dalam acara regu lelaki. - Bernama


Sukan Asia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain