suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pogba mahu bergabung dengan Ronaldo di Juventus

PAUL POGBA berdepan detik sukar untuk mencari rentak selepas perpindahannya ke Old Trafford dari Juventus pada 2016.

Pogba yang memenangi Piala Dunia 2018 lalu turut bertengkar beberapa kali dengan Jose Mourinho.

Pemain tengah itu dilaporkan tidak gembira dengan taktik Mourinho pada musim lalu.

Menurut Express UK yang memetik laporan Tuttosport, Pogba ingin kembali ke Juventus untuk bergabung dengan Cristiano Ronaldo.

Pogba pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona pada musim panas, bagaimanapun, pasukan gergasi Sepanyol itu gagal mendapatkan pemain tengah berkenaan.

Bintang kelahiran Perancis itu kini berhasrat untuk menyertai Juve kerana keretakan hubungan dengan Mourinho di Old Trafford.

Mourinho berada dalam keadaan tertekan pada musim ini kerana Manchester United gagal mempamerkan persembahan cemerlang.

Skuad Red Devils itu kalah dalam perlawanan Liga Perdana dan menyaksikan Mourinho memarahi pihak media dan meminta agar para wartawan menghormatinya.

Paul Pogba

Artikel Lain