suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pafa masih tunggu kata putus FAM untuk beraksi dalam ACL

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) masih menunggu kata putus Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung kelulusan beraksi di pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL), tahun depan.

Presidennya, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim (gambar) berkata setakat ini Pafa bersedia dan dokumen wajib yang menjadi syarat utama untuk beraksi dalam pusingan kelayakan tersebut telah disiapkan.

Katanya beliau secara peribadi optimis Perak akan beraksi dalam pusingan kelayakan ACL selepas Pahang dikhabarkan masih tidak mengemukakan sebarang rayuan berhubung perkara tersebut.  

“Kita telah hantar semua dokumen tersebut ke Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebelum tarikh akhir pada 30 Ogos lepas.

“Ia (penghantaran dokumen) adalah syarat utama untuk kita layak beraksi di pusingan kelayakan itu. 

"Cuma, pada ketika ini kita hanya menunggu jawapan rasmi dari FAM", katanya kepada Bernama selepas merasmikan Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku  di sini, pada Sabtu.

Pada 16 Ogos lalu, Setiausaha Agung Pafa, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin menyatakan Perak bersedia beraksi dalam pusingan kelayakan ACL namun perlu menunggu kata putus daripada FAM kerana Pahang lebih layak untuk mengisi slot berkenaan selaku Juara Piala FA sepertimana yang ditetapkan.

Hasnul Zulkarnain berkata sekiranya layak beraksi dalam pusingan kelayakan itu berkemungkinan Perak akan membuat rombakan terhadap skuad sedia ada kerana saingan di peringkat tersebut lebih kompetitif dan berbeza daripada saingan Liga Malaysia.

"Seperti yang saya beritahu, matlamat kita bukan sekadar melengkapkan jadual. Kita mahu beri saingan pada pihak lawan. Jadi, PAFA ada rancangan untuk menambah baik pasukan.

"Cumanya sekarang ini saya tak boleh beritahu tentang perancangan terkini kita sebab kita tak mahu kacau fokus pemain yang masih berada dalam kempen Piala Malaysia pada ketika ini," katanya.

Pafa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain