Nur Dhabitah, Yan Yee raih perak 3m papan anjal seirama - Sukan | mStar

Nur Dhabitah, Yan Yee raih perak 3m papan anjal seirama

Yan Yee dan Nur Dhabitah ketika menjuarai pingat emas pada acara papan anjal pada tahun lalu.

JAKARTA: Gandingan  penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yan Yee meraih pingat perak buat Malaysia dalam acara 3 meter papan anjal seirama wanita pada Sukan Asia  Jakarta-Palembang 2018 di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno, di sini pada Rabu malam.

Pasangan, yang memenangi pingat emas dalam acara sama di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), itu berjaya mengumpul 298.23 mata selepas menampilkan aksi cemerlang dalam enam terjunan.

Pingat emas acara itu dimenangi pasangan jaguh China, Chang Yani-Shi Tingmao selepas mengumpul 335.70 dan gangsa menjadi milik gandingan Kim Kwang Hui-Kim Mi Hwa dari Korea Utara dengan 282.78 mata. - Bernama


Nur Dhabitah , Yan Yee

Artikel Sebelum

Lyon cuba jual Nabil ke Chelsea

Artikel Berikut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain