suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lyon cuba jual Nabil ke Chelsea

PRESIDEN Lyon Jean-Michel Aulas mengesahkan kelab itu cuba menjual Nabil Fekir ke Chelsea selepas perpindahan ke Liverpool gagal.

Kelab Ligue 1 itu sedia melepaskan Nabil dan hampir menyertai Liverpool dengan bidaan bernilai 50 juta pound sterling pada Jun lalu.

Malah Nabil turut merakam satu temubual bersama laman web kelab itu mengumumkan ketibaannya di Anfield tetapi Jurgen Klopp membatalkan perpindahan itu pada saat akhir selepas pemeriksaan kesihatannya.

Pemain berusia 25 tahun itu kekal di Lyon dan memenangi trofi Piala Dunia bersama negaranya, Perancis.

Disebalik prestasi cemerlangnya itu, Lyon dilaporkan terdesak untuk menjual Nabil.

Michael Aulas kini berharap Chelsea akan menyambar pemain tersebut.

"Pada awalnya kami memikirkan mengenai jendela perpindahan pemain pada musim panas dan bagaimana untuk mengatur skuad pada masa hadapan, kami fikir dia akan pergi.

"Oleh itu kami dapat menyesuaikan keadaan. Kami bercakap dengan wakil Chelsea dan mereka tidak berminat terhadap Nabil.

"Atas sebab itu, kami sedar kami boleh mengubah perancangan pasukan kerana Nabil akan kekal di sini," katanya.

Nabil Fekir, Chelsea

Artikel Lain