suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pacquiao juara 60 kali

PETALING JAYA: Legenda tinju Filipina Manny Pacquiao berjaya merampas gelaran juara dunia WBA dari penyandangnya, Lucas Matthysse.

Pacquiao, 39, menewaskan pencabarnya dari Australia apabila menamatkan pertarungan penuh mendebarkan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada pusingan ketujuh.

Ia merupakan kemenangan ke-60 petinju Filipina itu.

Ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding semula selepas ini, Pacquiao berkata beliau belum memikirkan mengenainya.

"Kami rancang ke arah itu tapi belum buat keputusan mengenainya. Buat masa ini fokus saya adalah untuk kembali ke Filipina dan berehat," katanya.

Pada masa sama, Senator Filipina itu turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia di atas sokongan mereka terhadapnya.

"Terima kasih Perdana Menteri Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad), kerajaan Malaysia dan juga keluarga diraja di atas segala sokongan yang diberikan," katanya.

Pacquiao turut berkata beliau teruja untuk meraikan kejayaan baharunya itu bersama dengan rakyat Filipina.

"Saya mahu meraikan kemenangan ini dengan seluruh rakyat Filipina. Terima kasih juga kepada Mr Presiden, Rodrigo Duterte," katanya.

Manny Pacquiao, WBA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain