suria

Spekulasi ke United, Bale mahu jumpa Lopetegui

GARETH Bale telah meminta untuk bertemu dengan Pengurus Real Madrid, Julen Lopetegui apabila dia kembali ke Sepanyol untuk latihan pra musim.

Bintang sensasi Real Madrid itu turut dikaitkan bakal angkat kaki dari Santiago Bernabeu selepas mempertimbangkan untuk meninggalkan Sepanyol selepas aksi final Liga Juara-Juara, akhir Mei lalu.

Manchester United mahu mendapatkan khidmat Bale dan mengemukakan tawaran terhadap pemain itu baru-baru ini selepas Cristiano Ronaldo menyertai Juventus.

Daily Mail mendakwa Bale akan mengadakan rundingan dengan Lopetegui sebaik sahaja dia kembali melapor diri untuk latihan pra musim pada Isnin.

Ketiadaan Ronaldo akan menjadi Bale sebagai tonggak utama Real selepas tempoh permainannya dikurangkan semasa dibawah Zinedine Zidane.

Bale hanya diturunkan dari bangku simpanan semasa menentang Liverpool pada aksi final Liga Juara-Juara dan menjaringkan dua gol.

Pemain kelahiran Wales itu turut mahu diberi jaminan bahawa dia akan disenaraikan dalam perancangan utama Lopetegui.

Ketika ditanya sekali lagi mengenai masa depannya minggu lalu, Bale masih berteka-teki.

"Mungkin saya akan kekal di Madrid, mungkin juga tidak. Saya perlu bercakap dengan ejen saya.

"Saya memerlukan lebih banyak masa. Ia amat mengecewakan saya apabila tidak diturunkan dalam skuad utama ketika aksi final Liga Juara-Juara," katanya.

Gareth Bale, Manchester United

Artikel Sebelum

Pacquiao juara 60 kali

Artikel Berikut

Artikel Lain