suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PSG mahu bida Coutinho demi gembirakan Neymar

PARIS Saint-Germain (PSG) dilaporkan menawarkan bidaan bernilai 270 juta euro (RM1.28 bilion) untuk mendapatkan khidmat Philipe Coutinho dari Barcelona.

Bekas pemain Liverpool berusia 26 tahun itu baharu sahaja enam bulan menyertai Barcelona.

Dia berhijrah ke Camp Nou dengan yuran perpindahan bernilai 160 juta euro (RM759.5 juta) dari Anfield.

Bagaimanapun kelab gergasi Perancis itu sanggup berbelanja besar demi Coutinho.

Menurut Mundo Deportivo, wakil PSG sudah mengadakan rundingan dengan Coutinho bagi merealisasikan perpindahan tersebut.

Dengan Cristiano Ronaldo dijangka meninggalkan Real Madrid pada musim panas ini, Neymar dikaitkan akan kembali ke Sepanyol kerana tidak gembira dengan kehidupan di Paris.

Namun, kehadiran Coutinho dijangka mampu mengubati kebimbangan PSG kehilangan Neymar.

Neymar dan Coutinho merupakan kawan rapat sejak mereka memperkuat Brazil untuk skuad bawah 16 tahun pada 2008.

Mereka dilihat serasai semasa berada di dalam mahupun luar padang.

Bagaimanapun hubungan PSG dan Barcelona agak tegang susulan perjanjian awal tawaran Neymar dan sebarang perpindahan membabitkan Coutinho tidak mungkin berlaku.

Philipe Coutinho, Neymar, PSG

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain