suria

Conte kekal bersama Chelsea?

ANTONIO Conte dan pasukan kejurulatihannya berada di pusat latihan Cobham pada hujung minggu lalu untuk aksi pra musim meskipun masa depannya masih menjadi teka-teki.

Chelsea berdepan kesukaran untuk membawa Maurizio Saari yang masih ada kontrak bersama Napoli.

Ini bermaksud Conte akan mengendali program latihan pra musim pasukan itu sehingga penggantinya ditemui.

Hubungan Conte dan pihak pengurusan tertinggi mulai dingin sejak jendela perpindahan pemain musim lalu.

Pemain Chelsea kembali menjalani latihan kecergasan.

Lembaga pengarah Chelsea juga mahu mengelak bayaran pampasan tinggi kepada Conte, jadi mereka terpaksa mengekalkan pengendali dari Itali itu.

Malah Conte dilaporkan meminta pemain Chelsea untuk melaporkan diri bagi sesi latihan pada Isnin, bukan pada Sabtu atau Ahad seperti yang dirancang sebelumnya.

Namun adiknya, Daniele Conte yang juga seorang jurulatih di Chelsea memuat naik gambar Conte dan lapan pembantunya di Cobham minggu ini di Instagramnya.

Dalam gambar itu Daniele menulis:"Ayuh Chelsea! Ayuh Pasukan Conte!!! Chelsea 2018/2019."

Antonio Conte, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Lain