suria

United sahkan 11 muka baharu sertai skuad bawah 18 tahun

MANCHESTER United mengesahkan ketibaan 11 pemain baharu ke akademinya pada Jumaat dan mendedahkan bahawa mereka akan bermain untuk kategori bawah 18 pada musim depan.

Pasukan Red Devils menyanjung maruah mereka melalui akademi tersebut dan terus melahirkan bakat baharu dalam pasukan pertamanya.

Nama besar seperti Jesse Lingard, Marcus Rashford dan Scott McTominay ialah antara kejayaan terkini pasukan itu dan kini 11 pemain baharu akan dapat mengikut jejak langkah mereka.

Lingard. - AFP

Menurut laporan Sports Lens, berikut adalah nama kesebelas pemain tersebut:

Ondrej Mastny (penjaga gol)
Ben Hockenhull (pemain pertahanan)
Oliver Denham (pemain pertahanan)
Teden Mengi (pemain pertahanan)
Harvey Neville (pemain tengah)
Mark Helm (pemain tengah)
Charlie McCann (pemain tengah)
Max Haygarth (pemain tengah)
Anthony Elanga (pemain tengah)
Mason Greenwood (penyerang)

Pemain United bawah 18 berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris pada musim lalu dengan 48 mata daripada 22 perlawanan.

Skuad muda Red Devils itu meraih enam mata lebih daripada pasukan yang berada di tempat kedua, Manchester City.

Manchester United

Artikel Lain