suria

Harap PBNP rayu FAM untuk sertai Piala AFC

Dollah Salleh. Foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh berharap Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) membuat rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung penyertaan skuad Tok Gajah dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada musim depan.

Pengendali berusia 54 tahun itu mengakui pemainnya mempunyai kualiti tersendiri untuk memberikan saingan kepada pasukan lain dalam kempen Piala AFC.

"Terpulang kepada Presiden PBNP (Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah) sama ada ingin membuat rayuan kepada FAM dan saya serahkan perkara ini kepada pihak pengurusan, katanya pada sidang media selepas final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, Sabtu malam.

Pahang layak beraksi ke saingan Piala AFC selepas muncul juara Piala FA menerusi kemenangan 2-0 ke atas Selangor pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu malam.

Pahang layak beraksi ke saingan Piala AFC selepas muncul juara Piala FA menerusi kemenangan 2-0 ke atas Selangor pada aksi final.

Untuk rekod, FAM melarang Pahang daripada menyertai saingan Piala AFC hingga 2020 susulan keengganan pasukan itu untuk mewakili negara dalam PialaAFC, musim ini. - Bernama

PBNP, Dollah Salleh, Tok Gajah, FAM

Artikel Lain