suria

Ronaldo mungkin sertai United selepas sembilan tahun

CRISTIANO RONALDO boleh kembali ke Manchester United pada musim panas ini kerana Red Devils yakin dapat menandatangani bintang Real Madrid itu, mengikut beberapa laporan.

Ronaldo sekali lagi dikaitkan dengan United apabila pemain berusia 33 tahun itu dilihan kerap memberi petunjuk bahawa dia akan meninggalkan Real.

Pemain antarabangsa Portugal itu mahu nilai tawaran yang sama seperti seterunya, Lionel Messi dan Neymar, tetapi presiden Real Florentino Perez setakat ini enggan mengikuti kehendaknya.

Laporan media di Sepanyol mendakwa United berminat untuk mengikat Ronaldo, sembilan tahun selepas dia beralih dari Old Trafford ke Bernabeu.

Memetik laporan Don Balon, United mempunyai dua sebab untuk menjadi optimistik berhubung perkara itu.

Mereka dilaporkan ia adalah masa terbaik untuk Ronaldo kembali ke United.

Pertama, Ronaldo berkata bahawa masanya bersama Real sudah habis selepas menjuarai Liga Juara-Juara ketika menentang Liverpool pada bulan lalu.

Ibu pemain itu juga lebih gemar jika Ronaldo kembali ke United berbanding menyertai Paris Saint-Germain (PSG).

"Cuba meyakinkan Ronaldo untuk menandatangani kontrak bersama PSG? Secara jujurnya, ia tidak mengganggu fikiran saya.

"Tapi, saya lebih suka jika dia kembali ke United," kata ibu Ronaldo. - Express UK

Cristiano Ronaldo

Artikel Lain