suria

Selamat tinggal Liverpool!

LIVERPOOL mengesahkan Emre Can akan meninggalkan Anfield apabila kontraknya berakhir pada hujung bulan ini.

Pemain kebangsaan Jerman itu menyertai The Reds dari Bayer Leverkusen pada musim panas 2014.

Dia melakukan 167 penampilan untuk Liverpool dan diturunkan dari bangku simpanan ketika tewas kepada Real Madrid pada aksi final Liga Juara-Juara, 27 Mei lalu.

Jurgen Klopp mahu mengekalkan pemain berusia 24 tahun itu tetapi dia tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan.

Malah Can dilaporkan sudah bersetuju untuk menyertai Juventus dengan tawaran kontrak selama empat tahun.

Turut mengikut jejak langkah Can adalah Jon Flanagan, pemain muda, Toni Gomes, Paulo Alves, Mich’el Parker, Jordan Williams, Anthony Glennon, Jordan Hunter dan Harvey Whyte manakala Yan Dhanda bersetuju berhijrah ke Swansea City secara percuma.

Emre Can, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain