suria

Ramadhan perkuat Kedah

"ADA pertukaran." Itu komen ringkas Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof mengenai kesebelasan skuad hijau kuning yang akan menentang Kelantan di Stadium Darul Aman pada Jumaat malam.

Dalam perlawanan sebelum ini di venue sama, Kedah dimalukan pasukan pelawat dengan kekalahan 2-1 dan gagal untuk bangkit walaupun diberi sepakan penalti.

Bagaimanapun, kekalahan itu kini seakan memberi semangat kepada anak didik Mohd Nidzam untuk bangkit mencipta kemenangan dalam perlawanan kali ini.

Menurut Mohd Nidzam, antara pertukaran yang akan dibuat ialah meletakkan penjaga gol baharu Ramadhan Hamid bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan Ifwat Akmal Che Kassim.

"Selain itu kita akan melihat kesesuaian bagi posisi-posisi lain dalam usaha memastikan misi tiga mata dalam perlawanan kali ini dapat dicapai.

"Ini merupakan peluang untuk pemain bangkit daripada kekalahan lalu di venue sama dengan pasukan sama. Mereka perlu menggunakaan peluang ini dengan sebaiknya.

"Apa yang penting pemain perlu memberi sepenuh perhatian di atas padang dan tidak melakukan kesilapan yang akan memberi ruang dan peluang kepada lawan," katanya kepada mStar Online.

"Ramadhan adalah penjaga gol muda berbakat dan pernah beraksi bersama Harimau Muda B seangkatan dengan Syazwan Tajudin, Hanif Dzahir, Syawal Nordin dan Mohd Akram Mahinan.

Bekas pemain Kelantan berusia 24 tahun itu menyertai Kedah pada jendela pemindahan April baru-baru ini.

Dengan ketinggian 6 kaki 1 inci, pemain berkenaan dijangka dapt mencipta nama seperi Ifwat Akmal jika diberi banyak peluang untul mempamerkan bakatnya di Liga Super.

Ramadhan, Kedah

Artikel Sebelum

Artikel Lain