suria

Ratu tenis Brazil meninggal dunia akibat kanser mulut

SAO PAULO: Maria Bueno, ratu tenis Brazil yang memenangi tujuh kejuaraan grand slam pada 1950 dan 1960 meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Bueno menghembuskan nafas terakhirnya selepas menjalani rawatan penyakit kanser mulut di sebuah hospital di Sao Paulo.

Beliau yang digelar sebagai 'The Tennis Ballerina' turut mempertahankan kejuaraan Wimbledon pada 1960 dan memenangi kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) berturut-turut pada 1963 dan 1964.

Malah beliau juga mara ke final Terbuka Perancis pada 1964 dan Terbuka Australia pada 1965 tetapi tewas di tangan Margaret Court di Roland Garros.

Bueno dimasukkan ke Hospital Nove de Julho di Sao Paulo pada Selasa dan pihak hospital mengeluarkan satu kenyataan bagi mengesahkan kematiannya pada Jumaat.

Pihak hospital enggan mengulas lanjut mengenai kematian Bueno kerana menghormati keluarga mendiang.

"Berita menyedihkan untuk sukan tenis. Brazil kehilangan ratu tenis sebenar," tulis Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa menerusi Twitternya.

Bueno menduduki ranking No.1 dunia pada 1959, 1960, 1964 dan 1966. 

Beliau juga merupakan pemain wanita bukan warga AS yang memenangi kejuaraan Wimbledon dan Terbuka AS pada musim yang sama.

Maria Bueno, tenis

Artikel Berikut

Artikel Lain