suria

Berpura-pura cedera demi rakan sepasukan berbuka puasa

KETUA jurulatih Tunisia mengakui penjaga golnya berpura-pura cedera supaya rakan-rakan sepasukannya boleh berbuka puasa.

Dalam dua perlawanan persahabatan bertemu Portugal dan Turki  sempena persiapan Piala Dunia, Mouez Hassen berpura-pura cedera ketika aksi pada lewat petang dan menyedari sudah tiba waktu berbuka.

Menurut jurulatih, Nabil Maaloul taktik itu digunakan supaya semua pemainnya boleh berbuka puasa dengan minum sedikit air dan makan snek ketika Hassan menerima rawatan.

Nabil Maaloul

"Ini adalah strategi tertentu sahaja. Saya berbuat demikian kerana kami mempunyai ramai pemain yang berpuasa.

"Ia tidak berjalan lancar pada kali pertama (bertemu Portugal) kerana Mouez tidak faham apabila saya menyuruhnya berpura-pura jatuh bagi pegawai dan pemain berbuka puasa.

"Saya menyuruh Yassine Meriah, tetapi dia tidak faham. Namun pada perlawanan kedua semuanya nampak mudah dan faham," ujarnya kepada BBC.


Tunisia, penjaga gol, puasa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain