suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mesir tetap pamer aksi terbaik pada Piala Dunia, biarpun Salah cedera

PENGURUS Mesir, Hector Cuper (gambar) berkata harapan untuk mempamerkan persembahan dan saingan yang kuat di Piala Dunia tidak luntur dengan kecederaan yang dialami Mohamad Salah.

Penyerang Liverpool yang juga pemain kebangsaan Mesir kesuntukan masa untuk memastikan keadaannya cergas bagi perlawanan pembukaan Kumpulan A menentang Uruguay pada 15 Jun selepas mengalami kecederaan pada bahu dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara lalu.

Pada Rabu, Persekutuan Bolasepak Mesir berkata, ketiadaan Salah tidak akan lebih daripada tiga minggu, walaupun ia akan membuatkan dia tidak dapat beraksi dalam perlawanan menentang Uruguay.

Bertanding buat kali pertama sejak Piala Dunia pada 1990, Mesir akan menentang tuan rumah Rusia pada 19 Jun sebelum bertemu Arab Saudi enam hari kemudian.

Biarpun pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pasukannya bertarung untuk mendapatkan tempat kedua di belakang Uruguay sebelum ini, Cuper kekal optimis dengan peluang di peringkat kalah mati. - The Nationale

Mohamad Salah

Artikel Lain