suria

Chelsea sedia labur RM423 juta demi dapatkan Lewandowski

CHELSEA bersedia membelanjakan 80 juta pound sterling (RM423 juta) terhadap penyerang Bayern Munich Robert Lewandowski.

Penyerang kebangsaan Poland itu mahu meninggalkan Bayern selepas empat tahun beraksi bersama kelab Bundesliga itu selepas tidak lagi sebulu dengan pengurus Jupp Heynckes.

Pemain berusia 29 tahun itu turut menjadi buruan Manchester United dan Paris Saint Germain (PSG).

Ejen Lewandowski, Pini Zahavi berkata:"Robert merasakan dia perlukan perubahan dan cabaran baharu dalam kariernya. Pengurus Bayern tahu mengenai hasratnya itu."

"Sebab dia berbuat demikian bukan kerana duit atau kelab tertentu memandangkan hampir kesemua kelab terkemuka mahu memiliki penyerang terbaik dunia untuk mewakili mereka."

"Setiap pimpinan Bayern harus memahami situasinya," kata Zahavi.

Zahavi ada mengadakan rundingan dengan Chelsea selama beberapa tahun dan dia amat rapat dengan pemilik The Blues, Roman Abramovich.

Sumber dekat dengan Lewandowski mengesahkan kepada Express Sport bahawa Chelsea adalah salah sebuah kelab yang berminat terhadap penyerang itu.

Lewandowski yang menjaringkan lebih 40 gol dalam semua perlawanan setiap musim.

Dia merupakan penjaring terbanyak Bundesliga musim lalu apabila meledak 29 gol dalam 30 perlawanan.

Selain Lewandowski, Chelsea turut mengintai khidmat Anthony Martial dan Jean Michel Serri dan wakil dua pemain itu memaklumkan bahawa keputusan akan diumumkan pada minggu pertama bulan depan.

Robert Lewandowski, Chelsea

Artikel Lain