suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Marko Arnautovic dalam radar Mourinho

Marko Arnautovic. Foto Reuters

MARKO Arnautovic bakal menjadi sasaran perpindahan mengejut untuk Manchester United selepas Jose Mourinho melihat bintang skuad Austria itu berhadapan dengan Rusia pada Rabu malam.

Difahamkan Mourinho mahukan lebih banyak tenaga dan ketinggian dalam serangan untuk sebagai persediaan untuk menggantikan Romelu Lukaku.

Manchester United hanya menjaringkan satu gol dalam empat perlawanan terakhir mereka pada musim ini selepas Lukaku mengalami kecederaan di buku lali.

Nilai Arnautovic, 29, dianggarkan kira-kira £40 juta (RM212 juta) selepas berada dalam musim yang baik di West Ham, meskipun kelabnya memberitahu dia bukan untuk dijual dan tiada pertanyaan yang dibuat.

Mourinho menyaksikan Austria mengalahkan tuan rumah Piala Dunia Rusia dengan 1-0. - Mail Online UK


Marko Arnautovic, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Lain