suria

Insiden buli, dua jurulatih Akademi Arsenal digantung

Gatting (kiri) dan Laraman digantung tugas oleh Akademi Arsenal.

ARSENAL menggantung dua jurulatih akademinya, Steve Gatting dan Carl Laraman.

Ia berikutan dengan laporan lebih kurang 20 insiden buli melibatkan pemain.

Kelab serta merta mengambil tindakan berdasarkan laporan tersebut seterusnya menjalankan siasatan dalaman serta menggantung sementara dua jurulatih tersebut.

Menurut Sportsmail, hampir 20 pemain mendakwa mereka dibuili secara lisan oleh Gatting dan Laraman.

Kelab megambil langkah serta mereta selepas menerima laporan tersebut.

Menurut jurucakap kelab, pengesahan dua jurulatih itu digantung dibuat pada Jumaat, namun keputusan tersebut telah diambil sejak dua minggu lalu.

"Kami telah menggantung dua jurulatih dan menjalani siasatan berdasarkan aduan beberapa orang pemain.

"Ini merupakan perkara sulit dan kami tidak akan memberi sebarang maklumat lebih lanjut," jelas kenyataan Arsenal.

Kes buli, Akademi Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain